SEJARAH SEKOLAH
Dibina
pada awal tahun 1937 berukuran 40’ x 20’ berbumbungkan
zink separuh papan dan bertingkap tongkat.
Tuan
Syed A.Karim bin Syed Mohamad memulakan beroperasi pada
tahun 1938, murid seramai 66
orang.(Lepau Bugis,Lepau Jawa dan
Lepau Sungai Pulau )
Mula beroperasi Tahun
1938
Kawasan sekolah
berkongsi dengan Balai Raya Kampong Lepau
Bangunan 2 tingkat 4
bilik darjah
1 Bilik Darjah -
Pejabat & Bilik Guru / Bilik Mesyuarat.
3 Bilik Darjah - 6
kelas
Bangunan tambahan –
Bilik RMT & Pusat Sumber
Sesi petang digunakan
untuk sekolah agama.
Guru 13 orang termasuk
Guru Besar
Pembantu Tadbir 1 orang
2 orang pengawal
keselamatan swasta
2 orang pekerja
pembersihan swasta
Bermula
1941-1956, sekolah dibuka dan ditutup beberapa kali akibat
ancaman komunis dan
Jepun :
*
1941 – ditutup & diroboh – ancaman Jepun
*
1946 – dibina semula – Guru Besar En Ibrahim bin Hj rshad.
*
1948 – ditutup – ancaman Komunis
*
1949 – dibuka semula – Guru Besar En Abu Bakar
bin Alang
*
1956 – awal Mac ditutup – ancaman Komunis
*
1956 – akhir April dibuka – Guru Besar En Mohd Zain bin Hj Ali
Bermula
1959 hingga 1964 ditadbir oleh En Mohamad bin Ayob.
1965
Guru Besar En Yaacob bin Sakah dan pada awal 1973 SK Lepau
menerima Tukang
Kebun pertama dari JPN Johor iaitu En Shamsudin
bin Hj Ashari ( sebilah parang
dan sebilah sabit ) 8 tahun kemudian
mesin rumput tolak diterima.
Penghujung
1983 hingga 1999 SK Lepau dijadikan cawangan
SK
Pengerang. Tahun 1999,
Disember SK Lepau di katogerikan sebagai
Sekolah Kurang Murid ditadbir oleh
Guru Besar En Abd Kharis bin
Bohari, shingga 2005.
2005
– 2006, Guru Besar En Abd Jalil bin Abd Kahar.
2007
- 2010 Guru Besar En Abd Rahim bin Harun.
2011- En Adnan bin A.Samad bermula 4 Januari 2011
Tahun 2014 SK Lepau telah dianugerah Sekolah Kluster
Kecemerlangan fasa 8 dengan Kebitaraan Sains dan Tilawah AlQuran.
Kemudahan Asas Sekolah
Bilik darjah tahun 1 - 1
Bilik darjah tahun 2 & 3
(kelas cantum ) - 1
Bilik darjah tahun 4 & 5
(kelas cantum) - 1
Bilik darjah tahun 6 - 1
Pejabat Guru Besar - 1 (Hawa Dingin)
Bilik Guru - 1 (Hawa Dingin)
Pejabat / cetak - 1 (Hawa Dingin)
Bilik PSS/Komputer/tayangan
/SPBT - 1 (Hawa
Dingin)
Setor sukan
- 1
Bilik Mesyuarat - 1 ( Hawa Dingin )
Bilik Air - 2
Surau - 1 ( Hawa Dingin )
Wakaf - 1 unit
No comments:
Post a Comment