SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Dibina pada awal tahun 1937 berukuran 40’ x 20’ berbumbungkan   
zink separuh papan dan bertingkap tongkat.

Tuan Syed A.Karim bin Syed Mohamad memulakan beroperasi  pada 
tahun 1938, murid seramai 66 orang.(Lepau Bugis,Lepau Jawa dan 
Lepau Sungai Pulau )

  Mula beroperasi Tahun 1938
  Kawasan sekolah berkongsi dengan Balai Raya Kampong Lepau
  Bangunan 2 tingkat 4 bilik darjah
  1 Bilik Darjah - Pejabat & Bilik Guru / Bilik Mesyuarat.
  3 Bilik Darjah - 6 kelas
  Bangunan tambahan – Bilik RMT & Pusat Sumber
  Sesi petang digunakan untuk sekolah agama.
  Guru 13 orang termasuk Guru Besar
  Pembantu Tadbir 1 orang
  2 orang pengawal keselamatan swasta
  2 orang pekerja pembersihan swasta

Bermula 1941-1956, sekolah dibuka dan ditutup beberapa kali akibat 
ancaman komunis dan Jepun :

* 1941 – ditutup & diroboh – ancaman Jepun
* 1946 – dibina semula – Guru Besar En Ibrahim bin Hj rshad.
* 1948 – ditutup – ancaman Komunis
* 1949 – dibuka semula – Guru Besar En Abu Bakar  bin Alang
* 1956 – awal Mac ditutup – ancaman Komunis
* 1956 – akhir April dibuka – Guru Besar En Mohd Zain bin Hj Ali

Bermula 1959 hingga 1964 ditadbir oleh En Mohamad bin Ayob.
1965 Guru Besar En Yaacob bin Sakah dan pada awal 1973 SK Lepau 
menerima Tukang Kebun pertama dari JPN Johor iaitu En Shamsudin 
bin Hj Ashari ( sebilah parang dan sebilah sabit ) 8 tahun kemudian 
mesin rumput tolak diterima.

Penghujung 1983 hingga 1999 SK Lepau dijadikan cawangan  SK 
Pengerang. Tahun 1999, Disember SK Lepau di katogerikan sebagai 
Sekolah Kurang Murid ditadbir oleh Guru Besar En Abd Kharis bin 
Bohari, shingga 2005. 

2005 – 2006, Guru Besar En Abd Jalil bin Abd Kahar.
2007 - 2010 Guru Besar En Abd Rahim bin Harun.
2011-    En Adnan bin A.Samad bermula 4 Januari 2011

Tahun 2014 SK Lepau telah dianugerah Sekolah Kluster 
Kecemerlangan fasa 8 dengan Kebitaraan Sains dan Tilawah AlQuran.


Kemudahan Asas Sekolah

Bilik darjah tahun 1                                                    -      1
Bilik darjah tahun 2 & 3 (kelas cantum )                    -      1
Bilik darjah tahun 4 & 5 (kelas cantum)                     -      1
Bilik darjah tahun 6                                                    -      1
Pejabat Guru Besar                                                    -      1 (Hawa Dingin)                    
Bilik Guru                                                                   -      1 (Hawa Dingin)
Pejabat / cetak                                                            -      1 (Hawa Dingin)
Bilik PSS/Komputer/tayangan /SPBT                        -      1 (Hawa Dingin)
Setor sukan                                                                -      1
Bilik Mesyuarat                                                           -      1 ( Hawa Dingin )
Bilik Air                                                                        -      2  
Surau                                                                          -      1 ( Hawa Dingin )
Wakaf                                                                         -    1 unit 


No comments:

Post a Comment