Sunday 15 February 2015

Sambutan Maulidur Rasul 2015 Peringkat Sekolah & Kampung Lepau

14 Februari 2015
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah & Kampung telah diadakan di Masjid Jamek Kampung Lepau. Sambutan ini dimulakan seawal pukul 8.00 pagi di mana semua dif kehormat, penduduk kampung, dan guru-guru SK Lepau berkumpul di perkarangan sekolah. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan dari SK Lepau ke Masjid Jamek Kampung Lepau. Pelbagai aktiviti telah berlangsung iaitu bacaan taranum al-Quran, berzanji, bernansyid, dan ceramah. Sambutan ini tamat tepat pada pukul 1.00 tengah hari.

Semua dif kehormat, penduduk kampung, guru-guru, serta murid-murid memulakan perarakan dari kawasan sekolah.

Peserta sampai ke perkarangan Masjid Jamek Kampung Lepau.


Murid mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

Wakil penduduk kampung mengagihkan bunga telur.

Penduduk kampung mempersembahkan sebuah nyanyian nasyid yang sungguh merdu.

Murid SK Lepau mempersembahkan sebuah nyanyian nasyid yang dipimpin oleh murid Tahun 1.

Penceramah undangan menyampaikan ceramah tentang 'Kecintaan Kita Terhadap Rasullullah S.A.W).

No comments:

Post a Comment